Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Rasulullah S.A.W telah bersabda: Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu
diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
subhanAllah... betapa besar dan agungnya nikmat Allah, tapi hanya sedikit yang bersyukur dengan nikmatNya.
Moral of da story: Jej0m join SPA-Q!!
1) SPA-Q adalah singkatan pada Servis Pembelajaran Al-Quran
2) Cara belajar adalah 'one-to-one' iaitu seorang pengajar dan seorang pelajar
3) Guru @ pengajar adalah pelajar UTP yang ditauliahkan
4) Masa dan tempat adalah ditentukan oleh pelajar dan pengajar itu sendiri iaitu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5) Merangkumi bacaan Al-Quran dan Iqra' bergantung pada tahap pelajar
6) Penyertaan adalah terbuka pada semua pelajar UTP
DAFTAR SEKARANG!!!
Jangan lepaskan peluang ini...
Pendaftaran sesi kedua dibuka dari
15 Mac - 1 April 2009
Yuran : RM1 sejam
Jangan lepaskan peluang ini...
Pendaftaran sesi kedua dibuka dari
15 Mac - 1 April 2009
Yuran : RM1 sejam
Maklumat lanjut & pendaftaran,sila hubungi :
Zulhaziman
Hanif
Fadhilah
Farah (me)
Zulhaziman
Hanif
Fadhilah
Farah (me)
Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya" - Hadis Riwayat Bukhari-
2 comments:
sye nk j0in,,,huhu
haha..
mah jaoh sgt..
nnt laa de rezeki kt jumpe ea..
ngaji sm2..hehe..insyaallah..
miss u ukhti!!
Post a Comment