Tuesday, February 14, 2012

Kembali kepada fitrah..

Assalamualaikum wrt wbt..

Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Islam sejak lahir.Tetapi betulkah Islam kita ini dari segi teori dan praktikalnya? Apakah fitrah kita sebagai seorang Islam? Ramai orang mengakui mereka Islam, tetapi apakah yang membuktikannya Islam? Adakah Islam pada kad pengenalan sahaja ataukah pada nama sahaja ataukah pada caranya berpakaian yang berserban, berlitup? Adakah syahadah kita itu betul-betul memberi kesaksian yang sebenar tentang Allah dan Rasul Muhammad SAW? Bilakah kali terakhir kita bersyahadah?
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Ada officemate sy yg non muslim bertanyakan saya-"Kenapa you boleh mengakui Allah itu tuhan you dan Muhammad itu pesuruh Allah sedangkan you tak pernah melihat Allah dan Muhammad? Siapakah Allah, siapakah Muhammad? Setiap kesaksian kita mesti didahulukan dgn kepercayaan yg kukuh dulu, baru boleh bersaksi.." Soalan ini membuatkan hati dan minda saya tersentak. Sebagai seorang Islam, apakah jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan kepada beliau?

Seingat saya, saya mula bersyahadah pada umur 4 tahun ketika bersekolah di PASTI. Ustazah suruh baca ramai-ramai kt sekolah dan wajib hafal. Ketika kecil, hati bersih dan senang menerima ilmu dan ia kekal di hati selamanya, alhamdulillah. Tapi apakah saya betul-betul faham akan kesaksian itu pada umur yang meningkat dewasa ini? Sejujurnya, saya tidak punya jawapan yang pasti tentang persoalan itu. Jawapan saya ketika itu sangatlah tipikal-"Entah, Ustaz ajar, ustazah ajar zaman sekolah, ade dalam buku teks, belajar untuk pass exam.." Jauh di sudut hati saya, soalan itu benar-benar membuat saya terfikir dan tersedar betapa lalainya saya sebagai seorang Islam, layakkah saya mengaku diri ini sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW..huhu

Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati saya. Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang membawa saya mengenali AlQuran, kitab yang memberi pedoman , petunjuk dan rahmat kepada kaum yang meyakini (45:20). Kita mengenali Allah dan Rasul melalui AlQuran dan AsSunnah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan hadith wasiat:-

"Kutinggalkan kamu 2 perkara(pusaka), takkan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, iaitu AlQuran dan As Sunnah"

No comments: