Friday, August 13, 2010

Ramadhan kembali!!!

Salam untuk semua!

Semoga momentum Ramadhan kita sentiasa berada pd tahap tertinggi dr awl hingga ke pengakhirannya..ayuh kita b'usaha untuk m'perbaiki mutu ibadah kita kali ini kerana mungkin ini adalah Ramadhan t'akhir dalam hidup kita..wallahu'aklam..semua itu adalah perancangan Allah..huhu

Dalam sebuah hadis, Nabi (SAW) bersabda :

Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum, tetapi berpuasa itu adalah dari perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya, hendaklah kamu mengatakan : "Saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!''
(hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti bukan sekadar menahan diri dari makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong(lagha). Cuba bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong sehinga kepada bermain computer games atau menonton televisyen. Sebaliknya kita perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja produktif; untuk dunia dan akhirat kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i'tikaf atau menghadiri majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.

Source :


1 comment:

Anonymous said...

salam

nice blog!! :)