Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



Ramadhan sudah menjelang. Apa dan bagaimana kita harus melakukan ibadah shaum Ramadhan ini sepanjang hari. Mari kita buat jadual harian kita sebagai seorang muslim dan ,muslimah di bulan Ramadhan. Dengan jadual ibadah harian ini, dapat menjadi panduan dalam memaksimumkan ibadah kita di Bulan Ramadhan.

04.00 pagi. Bangun pagi dan berdoa kepada Allah SWT dengan doa: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku,

setelah Dia mematikan aku dan kepadaNya lah aku akan dikembalikan.

Berniatlah kepada Allah SWT untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan (ibadah) hari itu. Mandi dan bersihkan diri. Ambil air wudhu dan memakai pakaian yang bersih suci untuk beribadah, pakai wewangian.

04.20 pagi. Solat Sunnah Taubat : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat karena Allah Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun (diserahkan masing-masing), rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas (diserahkan masing-masing). Selepas s0lat, angkatlah kedua tangan, memohon ampun kepada Allah. Menangis dengan disertai penyesalan atas dosa yang telah kita lakukan.

Solat sunnat Tahajud : Sahaja aku solat sunnah tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun (diserahkan masing-masing), rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas (diserahkan masing-masing). Selepas s0lat, angkatlah kedua tangan, memohon ampun kepada Allah. Menangis dengan disertai penyesalan atas dosa yang telah kita lakukan.

Solat sunnat Hajat : Sahaja aku s0lat sunnah hajat 2 rakaat kerana Allah Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali (diserahkan masing-masing). Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali (diserahkan masing-masing). Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat sunnat Witir : Sahaja aku s0lat sunnah witir 2 rakaat kerana Allah Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat (atau langsung bisa 3 rakaat). Perbanyaklah berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta kepada Allah, merintih memohon kepada Allah, agar Allah mengampuni dosa-dosa kita, taubat kita, menerima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

04.50 pagi. Makan Sahur, menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

05.25 pagi. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran, berdzikir atau berselawat. Solat sunnat Subuh, s0lat Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar/sajadah atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

06.00 pagi. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada Allah SWT agar semua aktiviti kita diberkahtNya. Sentiasa berdzikir, berselawat kepada Rasulullah SAW di dalam hati.

Perbanyaklah istighfar, meminta ampun kepada Allah SWT. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kerja-kerja yang kita lakukan dan yakinilah bahwa Dia akan membalas segala kebaikan yang kita perbuat dan lakukan.

08.30 pagi. Solat sunnat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yang berkah jika istiqamah diamalkan.

Dengan niat : Sahaja aku s0lat sunnah dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala. Penuhi waktu dhuha itu dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Jauhi dengan sungguh-sungguh dari melakukan perbuatan dosa, walaupun kecil serta perkara yang sia-sia.

Contoh perbuatan dosa, walaupun kecil : mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berkhalwat (berdua-duaan) dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tidak ada sangkut pautnya dengan pekerjaan.

1.15 tgh hr. Bersiap-siap untuk s0lat Dzuhur. Menunggu waktu s0lat dengan s0lat sunnat, berdzikir, berselawat. Solat dzuhur berjemaah. Laksanakan juga s0lat sunnat Rawatib.

Bersyukur setelah selesai melaksanakan s0lat sunnat dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada Allah yang telah memberi kita nikmat besar dapat menyembah dan bersujud kepadaNya.

4.30 ptg. Bersiap-siap untuk s0lat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga s0lat sunnat qabliyah. Bersujud syukur setelah selesai melaksanakan s0lat sunnat dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat yang besar serta dapat menyembah dan bersujud kepadaNya.

5.30 ptg. Membeli barang-barang untuk keperluan berbuka dan sahur, tanpa berlebih- lebihan. Ingatlah walaupun syaitan dirantai, namun nafsu masih ada dalam diri kita !!!

7.00 ptg. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Karena di waktu itu adalah masa yang mustajab untuk berdoa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Berapa banyak orang yang berpuasa, namun yang mereka dapatkan hanya lapar dan dahaga”, bermohonlah kepada Allah memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu Magrib, bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, karena Engkaulah aku berpuasa, dan kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka”.

Berbuka puasalah dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan shalat maghrib berjamaah, setelah itu barulah makan makanan berat atau bisa ditunda ba’da shalat tarawih.

8.00 malam. Siap-siap untuk s0lat isya’ berjemaah dan diteruskan dengan s0lat tarawih hingga selesai. Cuba pertahankan s0lat tarawih, walau bagaimanapun keadaan, atau sekalipun kerana fadhilahnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhu, boleh dibaca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar (Imam Syafi’i) mengkhatam Al Quran dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

10.30 malam. Memperbanyak istighfar sebelum tidur. Berniatlah untuk puasa keesokan hari dengan berniat: Sengaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini karena Allah Taala.

(yang ini JANGAN SAMPAI LUPA loh, niat puasa Ramadhan untuk esok hari!!!). Tidur diawal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur: “Dengan namaMu Ya Allah! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil Allah ketika tidur. Amien Yaa Rabbal Alamin.


Sumber tulisan: PKPU


4 comments:

kittermint said...

farah betik!
selamat berpose di bulan ramadhan. pose tahun ni dah tak jumpe korang weh. lagi satu, jgn lupe g teraweh yer. ;P

orezeo said...

hahaha...
azrin!!!
ko igt lg ye kisah betik itu..
masehkah kamu amalkan pemakanan betik??
ku pasti..kamu pasti sehat2 dan makin 'mantap' skg..hahaha
jgn mara..bln p0se ni..hehe..
msti s0nok kn suasana rmadhan d utp..
ko x j0in iftar kt msjid ke??
epi rmadhan juge utk k0... :)
insyaAllah..slagi mampu..teraweh xkn lupe..hehe

zaimah said...

salam...
selmat b'puasa...
dharapkan ramadhan kali ini akn lbih bermakna...=)

orezeo said...

wsalam...
selamat2..hehe
amiiiinnn..
sm2 kite memaksimumkan ibadah kite d bln yg mulia ini.. :)