Thursday, August 20, 2009

Novelet Pembangun Jiwa


Judul : Dalam Mihrab Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd
Genre : NoveL
Mukasurat : 421 halaman

Cetakan Pertama: 2007
Harga : RM25.90



Sinopsis:
Novel ini mengandungi 3 kisah berbeza yg memberi banyak pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna dan bermanfaat kepada
para pembaca. Melalui penceritaan yang mudah di fahami, kisah ini dapat membawa sekalian pembaca menyelusuri pahit getir seorang mur0bbi yang begitu cintakan setitis ilmu Allah di muka bumi ini. Novel ini mampu memberi motivasi dan semangat kepada para pembaca supaya gigih mencari ilmu tanpa mengira sempadan negara di peta dunia. Selain itu, sifat "hardwork" dalam watak novel ini perlu dicontohi dan diamalkan. Pegangan Islam yg kukuh juga amat penting dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

Kisah 1 : Takbir Cinta Zahrana
Kisah pertama mengenai andartu yang diuji ketabahannya. Watak Zahrana sebagai pensyarah di universiti swasta yang didesak keluarganya untuk mempercepatkan jodoh. Seorang pensyarah senior meminati Zahrana dan telah menghantar rombongan meminang. Tapi memandangkan pensyarah tersebut moral nya rendah dan dah terlalu banyak kes dengan pelajar wanita, Zahrana menolak pinangan Pak Karman.

Zahrana sebagai wanita yang bijak, telah terlebih dahulu menghantar surat peletakan jawatan atas nasihat Bu Merlin, manakala Pak Karman sakit hati dan berdendam. Mulai saat itu Pak Karman menghantar mesej berbau jahat pada Zahrana. Seterus nya Zahrana terasa tertekan, tapi Zahrana berjaya mengawal emosinya. Zahrana selepas meletak jawatan, telah menjadi pensyarah di Sekolah agama, dari situ dia mendekatkan diri dengan Allah dan mencapai ketenangan.

Setelah beberapa lama, dia ditekan keluarga atas pencarian jodohnya, dia meminta Pak Kiai di sekolahnya mencarikan jodoh, akhir nya berjumpa(masa ni ada rasa kelakar sebab Zahrana yang bijak menunggu-nunggu si penjual keropok, dan yang datang adalah si tua penjual keropok!). Walaupun begitu beberapa minit sebelum maghrib datanglah penjual keropok yang muda dan selayaknya. Tiba masa nikahnya, Zahrana yang telah mengundang pensyarah bekas universitinya (selain pak karman), peristiwa besar terjadi yang menyebabkan Zahrana hancur... Bakal suami nya kemalangan dilanggar keretapi.

Zahrana dimasukkan ke hospital dan berjumpa dengan dr yang merawatnya supaya bertenang,, dr itu rupa-rupanya ibu kepada anak murid Zahrana (Hasan) yang cemerlang dan telah melanjutkan pelajaran ke lebih tinggi. Selang beberapa lama setelah Zahrana pulih semangat, dr tersebut datang dan mengajukan jodoh buat Zahrana untuk Hasan... Terkejut Zahrana, atas kesabarannya, yang baik akhirnya tetap menjadi jodohnya. Sementara itu Pak Karman telah dibunuh diruang pejabatnya oleh mahasiswa yang mana isterinya telah diganggu dekan.

[Ihsan :http://novelmalay.blogspot.com/2008/06/dalam-mihrab-cinta-habiburrahman-el.html]

Kisah 2 : Dalam Mihrab Cinta
Siang itu Pesantren Al Furqon yang terletak di daerah Pagum Kediri, Jawa Timur geger. Pengurus Bagian Keamanan menyeret seorang santri yang diyakini mencuri. Santri itu mengaduh dan minta ampun.
"Ampun, tolong jangan pukul saya. Saya tidak mencuri" Santri yang mukanya sudah berdarah-darah itu mengiba.

"Ayo mengaku. Kalau tidak kupecahkan kepalamu !" Teriak seorang santri berkopiah hitam dengan wajah sangat geram.

"Sungguh, bukan saya pelakunya." Si Rambut Gondrong itu tetap tidak mau mengaku.Serta merta dua bogem melayang ke wajahnya." Nih rasain pencuri !" teriak Ketua Bagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondrong mengaduh lalu pingsan.
Menjelang Ashar, Si Rambut Gondrong siuman. Ia dikunci di gudang pesantren yang dijaga beberapa santri. Kedua tangan dan kakinya terikat. Airmatanta meleleh.Ia meratapi nasibnya. Seluruh tubuhnya sakit.Ia merasa kematian telah berada di depan mata.

Di luar gudang para santri ramai berkumpul. Mereka meneriakkan kemarahan dan kegeraman.
"Maling jangan diberi ampun !"
"Hajar saja maling gondrong itu sampai mampus !"
"Wong maling kok ngaku-ngaku santri. Ini kurang ajar. Tak bisa diampuni !"

Ia menangis mendengar semua itu. Sepuluh menit kemudian pintu gudang terbuka. Ia sangat ketakutan. Tanpa ia sadari ia kencing di celana karena saking takutnya. Para santri yang didera kemarahan meluap hendak menerobos masuk. Tapi lurah Pondok menahan mereka dengan sekuat tenaga.Pak Kiai, pengasuh pesantren masuk dengan wajah dingin.

Kisah 3 : Mahkota Cinta
Mengisahkan cinta Zul Hadi terhadap ilmu.Berpegang pada kata-kata bahawa ilmu mampu mengangkat darjat seseorang itu,beliau sanggup merantau jauh ke negeri orang untuk membaiki masa depan yang lebih baik.Kisah ini juga mengajar kita cara mengawal nafsu dan perasaan apabila berdepan dengan konflik cinta yang mampu menggugat prinsip dan matlamat asal kita.

..SELAMAT MEMBACA..

No comments: