Monday, June 13, 2011

seandainya ku tahu takdirku..

andai ku tahu di mana penghujung riwayatku..
andai ku tahu siapa jodohku..
andai ku tahu berapa zuriatku..
andai ku tahu sampai bila nikmat sihat ini kekal..
andai ku tahu sampai bila nikmat cantik ini kekal..
andai ku tahu sampai bila nikmat kaya ini kekal..
andai ku tahu sampai bila nikmat kasih sayang ini kekal..
andai ku tahu bilakah dugaan ini berakhir..
andai ku tahu bilakah kekecewaan ini berakhir..
andai ku tahu bilakah penantian ini berakhir..
pelbagai andaian muncul di benak fikiran..
namun, itulah rahsia agung Ilahi..
sudah termaktub di luhmahfuz untuk makhluk-makhlukNya..
terimalah qada' dan qadar Allah dgn redha..
menguatkan kita bahawa wujudnya 1 kuasa Yang Maha Hebat yang sewajibnya kita percaya sebagai hamba di muka bumi ini..
kita hanya mampu merancang..Allah sahaja Yang Maha Merancang..segalanya milik ketentuanNya..
semoga iman kita bertambah sedikit demi sedikit bila kita memikirkan andaian-andaian yang tidak mampu kita terokai di minda melainkan dengan kuasa Allah..

Allah Ta’ala berfirman, “Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Alloh mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.” (Al Hajj : 70)

No comments: