Pada satu hari ibu kita masak masakan best2 atau favourite food seperti satay ke nasi lemak ke atau nasi dagang ke, kebetulan badan kita tidak sihat, rasa demam atau selsema..apa rasa makanan best tu pada kita?Lidah pasti ckp mskn tu x best,pahit, kan or mungkin jugak lidah x rasa apa2..tu kalau badan kita sakit..
Bagaimana pula dengan hati bila ia sakit/tidak sihat?
Bila dibacakan AQ, hati tidak bergetar sedikit pon.. bila dikhabarkan dengan peringatan tentang azab api neraka, nikmat syurga, hati tidak terusik pon untuk menghayatinya..bila diajak untuk berbuat amar makruf nahi mungkar, hati tak teringin pon untuk melakukannya dengan ikhlas..hati ini begitu cenderung dengan segala keindahan dunia yang tidak kekal seperti sibuk mengejar harta, pangkat dan wanita. Itu semua hanyalah semata-mata pinjaman sementara daripada Yang Maha Kaya. Kadang-kadang sekiranya kita sudah berada di majlis ilmu, tetapi ia tidak dapat dimanfaatkan oleh kita dan tidak mampu mencegah kita daripada melakukan dosa.
Astaghfirullah hal 'azim..terasa hina diri ini bila mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.Mari kita sama-sama berubah dan hidup mengikut mahunya Allah, bukan mahunya kita..Macam mana nk hidup dengan mahunya Allah? Jawapannya ada dalam 6236 ayat dalam AQ..insyaallah sama-sama kita mempelajari dan memahami AQ supaya dapat mengubati hati yang sakit/tidak sihat...(^_^)
No comments:
Post a Comment