Wednesday, September 5, 2012

Hobi baru! (^_^)

Salam readers!
Hidup di ibu kota ditambah pula dengan kesibukan bekerja dan beraktiviti sosial membuatkan saya terpaksa melupakan hobi berenang buat sementara waktu. Oleh sebab kekangan waktu, saya mencari-cari hobi baru sebagai alternatif untuk mengisi waktu yang terluang untuk melepaskan 'tension' dan 'stress'. 

Sememangnya diakui, hobi membaca sangat bermanfaat kepada kita. Di samping menambahkan ilmu dan meluaskan pengetahuan, membaca juga mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna dan gembira! Melalui pembacaan juga saya menemui hobi baru saya iaitu CROCHETING and KNITTING..

Antara koleksi benang 
Minat ini tercetus pada awal tahun ini apabila saya terbaca blog-blog dan majalah tentang kait mengait..memang teruja melihat produk2 yang dihasilkan dari seni kreatif ini yang sungguh cantik. Ini mendorong saya untuk 'explore' lebih mendalam tentang seni ini. Mahu hadiri kelas mengait tidak mampu dek kekangan masa dan wang, maka saya ambil inisiatif untuk belajar sendiri melalui pembacaan dan pemerhatian. Ternyata ia amat mudah dan senang untuk dipelajari! Ia hanya mengambil masa beberapa hari untuk menghasilkan sesuatu objek yang diingini jika kita betul-betul fokus untuk belajar.. dan kos untuk membeli peralatannya juga cukup berpatutan dan mampu dimiliki.. Hobi ini juga sangat fleksibel kerana anda boleh mempraktikkanya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.. (^_^)

Knitting:Mafla
Crochet: Baby Hat

No comments: